Friday, September 4, 2015

AVANI SEPANG GOLD COAST - PART 2

AVANI SEPANG GOLD COAST - PART 2

Haaa entry kali ni mesti orang2 gila memancing suka. hihi. Tapi kalau tak suka tak tahu laa.. saya agak je :P

entry sebelum ni berkaitan Avani Sepang Goldcoast Resort disini

Memandangkan suami saya ni gila memancing. Jadi banyak la tempat2 kami pergi mesti ke tempat yang boleh memancing. dan dah pasti la ke kawasan kawasan laut. setiap bilik di avani semuanya atas aii laut Pantai Bagan Lalang. Jadi kami memancing melalui balcony je :P ahaks.. jangan terkejut ye tengok gambar2 dan korang mesti teruja nak mancing gak. Tapi tak semua ada. saya tak tahu la gambar ter delete atau sengaja delete. byk plak hilangnya. gambar dapat anak ikan pari tiada dalam gambar.

Antara ikan yang kami berjaya dapat

1) Ikan tamok
2) Ikan pari (tuko)
3) Ikan senangin (ikan ni kat kedai rm30/kg)
4) Ikan gelama


ni senangin



ikan gelama



saya pun teruja nak mancing gak :P


ni suasana dari balkoni bilik kami waktu air tengah surut. so keruh la sket

air start nak pasang balik dah


Anak2 pun sama suka mancing. so saya sebagai mak redhaaa... xde bercuti tempat2 shopping. hahah.mimpi je la. masa air pasang kami memang dok dalam bilik je sebab mancing. masa air surut kami buat aktiviti luar, ke pantai main pasir, main buaian, swimming pool, makan2, naik basikal keliling resort. hehe






Antara supplement yang kami bawa sepanjang 3 hari 2 malam kat sana. Nutriferon antara yang wajib untuk anak2 terutamanya mukhlis. Penting untuk diorang sihat supaya segala aktiviti berjalan dengan lancar. ye lah kan.. bilik bukan murah semalaman :P

Nantikan entry seterusnya for next vacation.. yeayyy..!!!

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT

Assalamualaikum. Hari ni saya nak cerita pengalaman bermalam di AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT. Fantastic place to relax and enjoy with your family. Serious, kitorg ni dah 2x pergi dalam masa 3 bulan sebab tak tahan godaan tempat tu cantik sangat. 

ni ihsan google ye. hehe. ni la view atas tempat tu. bentuk palm tree kan. Cantik? 


Resort atas air, mungkin juga disebabkan kami sukakan pantai dan anak2 pun suka pantai. abah diorg tu memang la dah dia pemancing tegar. hihi. okay sikit sebanyak pasal resort ni sebab resort ni berada di atas air dan berbentuk pokok kelapa sawit. View memang sangat-sangat cantik.

Disebabkan gmbar bilik kitorg selalu lupa nak snap. ada pun yang memang dah di hancurkan dengan bag dan anak@ ligan. hahaha. so ni saya bagi gambar superior room yang di website 

So inilah bilik kami, ambil paling murah je. Superior Room / Premier TravellerPalm Villa Bilik paling murah ni which is rate lebih kurang rm500++ per night ni kebanyakannya dekat 'Batang' palm tree iaitu di laluan utama dari lobby ke restoran dan ke bilik2 lain yang berada di "dahan"palm tree. 

Ada beberapa jenis bilik lagi untuk keluarga besar. Canary ,Royal dan apa ntah satu lagi. dan rate of course lagi mahal dari Traveller yn



Enjoy tengok gambar okay. Orang kata enjoy the view. hihi... bab makan jangan risau sebab senang sangat nak dapat makan sana. kedai seafood banyak terutama malam. ada yang berjalan kaki je makan kat luar resort. Nak makan dalam resort pun harga berpatutan. 








kami di pantai Bagan Lalang.









Pergh.. part ni paling best. Berangin angin pantai sepoi2


tu entrance AVANI


haa tgk kami naik beskal. haha. nnt datang lagi mayra dah besar x leh dah la wat cmni.



Buaian Gantung

Pandangan depan 'Batang' Palm Tree

Ada pilihan sama ada nak naik basikal ataupun naik buggy. nak berjalan pun boleh.hehe

View dicelah2 bilik

Bahagian "dahan"







Swimming Pool pandangan belakang

sun set view. hehe

kids enjoy main pool






Cantik kan.. boleh kata semua tempat cantik

tu basikal kami naik